Menerusi perkongsian video daripada @iamnazirul, kelihatan dia merakam beberapa koleksi pemandangan di kampungnya sewaktu PKP.
Apa yang membuatkan ramai merindui kampung adalah apabila mereka melihat betapa tenang dan damainya suasana di situ dan mengundang rasa sebak kerana terlalu rindukan kampung mereka.
Tambahan pula, dengan keadaan sekarang yang tidak membenarkan kita semua untuk merentas negeri, video pemuda tersebut sedikit sebanyak dapat mengubati rasa rindu mereka kepada kampung…