Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Video tunggang basikal lajak secara berbahaya disiasat

today15 September 2024

Background


Polis siasat video tular memaparkan sekumpulan remaja tunggang basikal secara berbahaya.

ALOR SETAR: Polis menjalankan siasatan berhubung satu klip video tular yang memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal secara berbahaya sehingga salah seorang daripada mereka hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.

Ketua Polis Kota Setar, Siti Nor Salawati Saad, berkata pihaknya menerima makluman awam berkenaan klip video berdurasi 20 saat itu pada 9.24 pagi tadi.

“Siasatan awal berdasarkan rakaman tersebut mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Jumaat lalu sekitar 5.30 petang yang memaparkan kira-kira lapan remaja menunggang basikal dipercayai jenis basikal lajak.

“Mereka dilihat berlumba sesama sendiri semasa menuruni jambatan Jalan Teluk Wanjah di sini tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan.

Setakat ini polis tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak berkenaan kejadian tersebut.

Justeru, beliau meminta kerjasama orang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Gol Gabriel diamkan Spurs

London: Gabriel Magalhaes menanduk gol tunggal untuk membolehkan Arsenal meraih kemenangan 1-0 ke atas Tottenham, hari ini, ketika The Gunners berjaya mengatasi ketiadaan pemain tengah, Declan Rice dan Martin Odegaard.

today15 September 2024