Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Urus & Didik Anak Sekolah, Disiplin Waktu Tidur… Hanis Zalikha Kongsi Tips!

today8 November 2022

Background

Selebriti dan pelakon jelita, Hanis Zalikha sering menjadi perhatian ramai dek sifat keibuan dan cara didikan terbaik kepada anak-anaknya yang sentiasa dipuji oleh para wanita.

Berdasarkan hantaran di Instagram, isteri kepada aktor terkenal, Hairul Azreen berkongsi beberapa tips dalam menjaga anak telah mula bersekolah terutamanya dari segi disiplin tidur sejak bayi.

“Nombor satu yang mudahkan kami adalah dari bayi dah mulakan rutin tidur awal. Disiplin waktu tidur sampai sebati dengan body clock dan jadi ‘morning person’. So naturally waking up early it’s not a burden for school — and they don’t hate school for it,” tulisnya.

Dalam pada itu, Hanis atau lebih mesra disapa Kek Nis ini turut menyarankan ibu bapa untuk mengajar anak-anak skill bersosial seperti bermain dengan sepupu, anak kawan-kawan, bermain sukan.

“Apa saja yang membiasakan dia dengan komunikasi dunia luar (selain ibu bapa). InsyaAllah ini akan mudahkan transisi nak ‘break the ice’ at school and form friendships.

“Kenal nama kawan anak-anak. Take note bila diorang cerita perihal kawan-kawan dan gunakannya untuk sentiasa up-to-date dalam bersembang dengan anak-anak,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha)

Untuk rekod, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya maya iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3.

Written by: Aqilah


Previous post