Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Uyaina Arshad Kongsi Video Menari TikTok, Netizen Tergelak Lihat Aksi Lisa Surihani Salah Step… Lucu!

today28 March 2023

Background

Baru-baru ini, perkongsian pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai setelah memuat naik video menari bersama rakan industri, Lisa Surihani dan Bella Dally mengikut lagu trending di aplikasi TikTok.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu, pada awalnya mereka bertiga bergerak seiringan mengikut rentak lagu. Namun begitu, di penghujung video tersebut Lisa dilihat menari salah langkah.

“Kak Lisa tak sah kalau tak buat hal,” tulis Uyaina di kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Hijrah Lisa Surihani Jadi Inspirasi, Akui Takut Kongsi Tips Istiqamah -“Hati Kita Sangat Fragile, Memang Tidak Perfect!”

ARTIKEL BERKAITAN: #BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertumu kepada gelagat isteri kepada penyanyi kumpulan KRU, iaitu Lisa yang tampak sangat comel.

Lebih-lebih lagi, Lisa yang mengakui sejak azali meminati kumpulan KRU itu secara spontan menunjukkan gerakan tarian kumpulan terkenal tersebut hingga telah mencuit hati ramai pihak.

“Dia terpaling fokus ingat step. Dia pulak lupa step,” tulis netizen.

“Comelnya! Ulang banyak kali bagi tengok reaksi Kak Lisa,” kata netizen lain.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 1.1 juta tontontan, 71,000 tanda suka dan 1,000 ribu komen.

Written by: Aqilah