Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Wah! Ini 3 Sebab Hati Aedy Ashraf Terpaut Pada Amelia Henderson

today20 June 2022

Background

Desas-desus mengenai lamaran pelakon terkenal, Aedy Ashraf kepada aktres jelita, Amelia Henderson yang dikatakan ‘gimik’ sebelum ini akhirnya terungkai setelah aktor Kisah Cinta Kita itu memberitahu lamarannya itu adalah tulus dan spontan.

Artikel Berkaitan: β€œLamaran Saya Pada Amelia Henderson Bukan Gimik” – Aedy Ashraf

Ini sekaligus mengesahkan status Aedy dan Amelia adalah sebagai pasangan kekasih.

Dipercayai sedang ‘mabuk’ bercinta, namun kerana kesibukan kerjaya, Aedy dan Amelia jarang ada masa untuk ‘dating’.

Menerusi sebuah temubual bersama Melodi TV3, Aedy mendedahkan tiga sebab mengapa dia memilih Amelia untuk menjadi kekasih hatinya.

Aedy berkata Amelia seorang wanita yang cantik dari segi luar dan dalam.

“Saya rasa Amelia sangat berhati baik, berhati mulia dan of course dia yang paling cantik dalam dunia.

“She’s the true definition of beautiful inside and out,” luahnya.

Dalam pada itu, Aedy turut disoal mengenai bila dia merancang untuk melamar Amelia menjadi isterinya dan adakah dia bakal berkahwin secara senyap didalam temubual yang sama.

Aedy berkata dia mahu fokus pada kerjaya dan keluarga dahulu buat masa ini.

“Belum lagi kot. Saya sekarang ini tengah fokus pada kerjaya, family dan bisnes. Ada jodoh adalah.

“Saya seorang yang sangat private. Mungkin tak adalah terlalu senyap. Saya punya cita-cita kalau nak kahwin ada family dengan kawan-kawan rapat saya,” katanya.

Artikel Berkaitan: Cinta Bukan Marketing & Gimik? Aedy Ashraf Beri Amaran Jangan Ganggu Amelia Henderson

Artikel Berkaitan: Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – β€œShe Said Yes”

Artikel Berkaitan: Kisah Cinta Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ambil Keputusan β€˜Kunci Mulut’

Written by: Salma


Previous post