Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] Wah, Lakonan Amirul Semakin Padu! Suami Ain Edruce Dapat Pujian Peminat

today30 June 2023

Background

Tular sebuah video yang dikongsi oleh Ain Edruce yang menunjukkan dia dan suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa telah berlakon dalam sebuah iklan jenama kosmetik.

Video tersebut dikongsi oleh Ain menerusi kemaskini Instagramnya yang terbaru.

Difahamkan, Ain merupakan duta kepada jenama kosmetik tersebut.

@noradanishhanifPhew 🙂 hahahhaha

♬ original sound – Lydia

Menerusi video itu, Ain berlakon bersama suaminya seperti sebuah filem P Ramlee yang berjudul Kassim Selamat.

Terdahulu, Amirul dikenali dengan sigfatnya yang bersahaja apabila muncul di Instagram Ain.

Namun menerusi video iklan ini, Amirul ternyata mampu membawa wataknya dengan sebaik mungkin dan meraih pujian netizen yang terhibur melihat lakonannya.

“Mirul dah pandai berlakon lah! Aku give up lah dengan kau ni Ain. Penat lah gini

“Lakonan Mirul dah makin padu & makin kelakar

“Saya peminat lakonan Amirul walaupun muka serius lawak,” tulis netizen.

Untuk rekod, Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Soraya.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

KPM, WFM cungkil bakat wushu

Melaka: Kejohanan Wushu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) di Bukit Serindit bermula hari ini hingga Ahad antara usaha pembentukan atlet muda negara.

today30 June 2023