Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

[VIDEO] Wanita Hanyut Dibawa Arus Deras Laut Semasa Berpelukan Dengan Teman Lelaki

today20 June 2024

Background


Menerusi rakaman berdurasi 1 minit 9 saat yang dimuat naik oleh @CollinRugg di laman aplikasi X, insiden malang itu berlaku apabila pasangan kekasih berkenaan dilihat pergi ke tepi pantai sambil berpegangan tangan.

Lelaki itu pada mulanya seperti sedang memujuk teman wanitanya yang enggan naik ke persisiran pantai.

Walau bagaimanapun, ombak kuat datang sehingga membuatkan mereka berdua hilang imbangan dan wanita itu hanyut dibawa arus yang deras.

Lelaki berkenaan dilihat cuba menyelamatkannya, namun tidak berjaya. Menurut laporan media, pasukan penyelamat telah memperluaskan pencarian mereka dari pantai Rivera ke microdistrict Mamayka.

Difahamkan, mereka telah mencari wanita tersebut selama tiga hari.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post