Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi lauk nasi lemak RM1 yang dibelinya di sebuah gerai.
Dia kemudian membukanya dan terkejut dengan lauk nasi lemak berkenaan. Dia seolah-olah tidak percaya melihat nasi lemak itu berisi ikan di dalamnya.
“Tengok zaman sekarang, zaman 2024 nasi lemak RM1 siap dengan ikan siap dengan kacang siap dengan sambal, seringgit,” katanya.