Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang lelaki sedang berada di sebuah kawasan yang habis ditenggelami banjir bersama dengan seorang warga emas.
Difahamkan, mereka ingin menghalang pak cik tersebut kerana dia mahu meredah banjir seorang diri yang ketinggiannya hampir mencecah pinggang.
Namun, pak cik itu bertindak dengan memarahi mereka berdua dan sempat melibas menggunakan tali kerana enggan dipaksa.
Setelah beberapa minit, pak cik itu akhirnya berjaya dipujuk dan mereka membawanya ke tempat lebih selamat. Rupa-rupanya, seorang wanita tampil memberi penjelasan warga emas itu adalah ayah mentuanya yang mengalami masalah nyanyuk.
Lihat video sambungan itu di bawah: