Menerusi perkongsian video oleh KelantanFA.com, kelihatan gerabak keretapi tersebut baru melintasi landasan di dalam sebuah kawasan perkampungan.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah apabila seorang lelaki warga emas dilihat tiba-tiba keluar dari bawah landasan kemudian selamba melintas ke seberang jalan.
Persoalannya, ramai tertanya-tanya pak cik itu muncul dari mana dan risau akan keselamatannya.