Heboh mengenai video kontroversi milik usahawan terkenal, Datuk Alif Syukri bersama Baby Shima dalam mempromosi lagu mereka berjudul ‘Baby Sayang’.
Ekoran itu, muncul pula video terbaharu yang memaparkan gandingan Aliff Syukri, Baby Shima dan individu digelar Kak Long 7E dalam satu video di TikTok.
Kak Long 7E pernah menjadi bualan hangat orang ramai dahulu akibat menampilkan perbuatan kurang ajar menegur staf kedai serbaneka 7 Eleven.
Video tular berdurasi 21 saat itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yag meluahkan rasa kesal dan simpati apabila melihat Kak Long 7E diperlakukan seperti lembu.
Alif Syukri seakan menarik Kak Long 7E yang ‘ditunggang’ (diduduk) oleh Baby Shima seperti gaya menaiki lembu atau kuda.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka seakan nampak perit Kak Long 7E dalam mencari rezeki untuk menampung kehidupan seharian.
Ada juga segelintir daripada mereka yang mengakui sebelum ini ‘meluat’ dengan Kak Long 7E namun mereka tidak sanggup melihat keadannya diperlakukan seperti itu.
Namun begitu, ada juga sesetengah daripada mereka yang membidas komen simpati orang ramai dengan berkata Kak Long 7E diberi pilihan sama ada untuk menolak mahupun menerima tawaran daripada Aliff Syukri.
Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak lebih 200,000 tontonan, 600 komen dan 3,000 tanda suka.