Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

[VIDEO] “Wow, Kurusnya” – Bersenam Dengan Anak, Kerampingan Badan Fasha Sandha Jadi Tumpuan

today21 December 2022

Background

Aktres jelita, Fasha Sandha sekali lagi menjadi bualan warganet apabila rakaman yang menunjukkan dia membuat senaman bersama anakanya, Aisha Amaira, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan memuat naik sebuah rakaman yang memaparkan dia dan puteri bongsunya itu sedang melakukan senaman ringan.

Lebih comel, gerak geri senaman dua beranak itu dilakukan sambil menyanyikan lagu tarian popular kanak-kanak iaitu Head, Shoulder, Knees & Toes.

Biarpun belum petah berbicara, Aisha yang kini berusia 2 tahun itu sangat teruja melakukan senaman itu sambil diajar oleh Fasha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Rata-rata warganet mengatakan gelagat Aisha itu sungguh comel membuat senaman itu.

Namun menjengah ke ruangan komen, ada juga warganet meluahkan rasa teruja apabila melihat tubuh pelakon Rampas Cintaku itu sangat langsing.

Sebelum ini, Fasha juga ada berkongsi bahawa dia sanggup tidak menjamah nasi selama dua minggu demi mendapatkan berat badan ideal.

Fasha mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, Putri Raysha Jemima, daripada perkahwinan terdahulu dan Aisha Amaira hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz.

Written by: Aqilah