Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Malaysia terus berdepan masalah apabila berdepan dengan Vietnam apabila skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu tewas 0-3 pada aksi ketiga kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.
Kekecewaan itu juga merupakan kekalahan keempat berturut-turut dialami skuad negara berhadapan dengan pasukan terbaik di Asia Tenggara (ASEAN) itu sejak 15 Disember 2018.
Vietnam yang turut beraksi di pentas pusingan akhir Kelayakan Piala Dunia 2022 nyata berada di kelas tersendiri sehingga membuatkan barisan pemain negara bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik mereka.
Malaysia juga terpaksa kehilangan dua tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Mohd Saad masing-masing pada setiap babak akibat kecederaan.
Jaringan yang dinantikan kem Vietnam hadir pada minit ke-32 apabila Nguyen Quang Hai menyempurnakan peluang di dalam kawasan penalti…