Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang membuat persembahan nyanyian di sebuah majlis perkahwinan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah dia bernyanyi dengan penuh emosi. Dengan video yang berkapsyenkan “ketika mantan datang ke undangan”, dipercayai bahawa gadis itu merupakan bekas teman wanita kepada pengantin lelaki.
Gadis itu dilihat menyanyi sambil melentokkan badan ke arah pengantin lelaki. Pengantin perempuan itu dilihat hanya mampu ketawa.
Lihat sambungan video penuh itu di bawah: