Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Viral Cerita Palsu Mengenai Kematian Suami, Isteri Toki Luah Rasa Kesal

today19 May 2023

Background

Semalam tular mengenai berita penyanyi Toki meninggal dunia menerusi beberapa perkongsian individu di media sosial.

Susulan itu, isteri kepada penyanyi Toki, Sharifah Fairuz Syed Yusof tampil memberi kenyataan bahawa ia adalah berita palsu dan tidak benar.

Memetik laporan Harian Metro, Sharifah Fairuz atau mesra disapa sebagai Mummy itu memaklumkan bahawa dia menerima banyak panggilan tanpa henti bagi mendapatkan kesahihan mengenai berita kematian suaminya.

“Di sini saya ingin menyatakan berita di atas tidak benar sama sekali. Tak tahu macam mana boleh dapat berita palsu sebegini kerana ada juga artis-artis lain dapat berita begini,” jelasnya.

Namun begitu, Mummy menyatakan Toki memang ada sakit tapi bukan sakit yang membawa kepada berita sebegini.

“Memang Daddy Toki ada sakit tapi bukan sakit sampai boleh membawa kepada berita sebegini. Harap kita dapat menyampaikan berita dan maklumat yang penting sahaja yang betul. 

“Jadi kepada sahabat-sahabat, jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat.

Cuma sekarang Daddy Toki sibuk dengan projek-projek akan datang dan dia sekarang berada di studio baru dengan Man Kidal sekeluarga,” ujarnya lagi.

Walaubagaimanapun, hantaran mengenai berita kematian Toki dilihat telah dipadam di media sosial.

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah