Isu & Kontroversi
Sebelum ini kecoh pelanggan ‘terpaksa’ membayar hampir RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram (kg) ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Tengok Harga Seekor Siakap Langkawi, Melayang Duit Sebanyak RM1,196
Timbul lagi isu yang hampir sama apabila seorang pelanggan berkongsi pengalamannya menikmati nasi kandar berlaukkan dua ekor sotong dengan harga RM100.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah restoran nasi kandar popular yang terletak di Pulau Pinang.
Menerusi hantaran di Facebook, seorang lelaki mengingatkan agar orang ramai lebih berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri tersebut kerana baginya terlalu mahal.
Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM100.
Posting itu juga memuat naik resit yang memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM100, manakala sepinggan…