Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Viral Pasangan Pengantin Pakai Baju Lain Warna Teruk Dikecam Netizen, Rupa-Rupanya…

today28 January 2025

Background


Waktu itulah masa untuk pengantin ‘all out’ menjadi raja serta ratu sehari. Semua tetamu pasti tertunggu-tunggu untuk melihat busana mereka.

Selalunya, pasangan pengantin pasti akan memilih warna sedondon agar nampak lebih berseri dan menjadi tumpuan para tetamu.

Namun, lain pula dengan pengantin baru ini apabila kedua-dua pasangan mempelai memilih warna pakaian yang berbeza semasa hari persandingan mereka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @khairulamir.ka, kelihatan pasangan pengantin lelaki memilih untuk memakan songket hijau, manakala si perempuan pula memakai songket merah terang.

“Pengantin kata warna ikut minat masing-masing. Senang, tak payah gaduh-gaduh. Trend 2025 menyala,” tulisnya.

Namun, difahamkan rupa-rupanya pasangan pengantin itu merupakan adik-beradik dan mereka hanya membuat prank di TikTok.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dania Hamdan


Previous post