Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah kereta sedang berada di Petron, Melor Kelantan untuk berehat seketika.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila salah seorang pemuda dilihat merakam tandas mewah yang berada di stesen minyak tersebut. Tandas yang diberi nama tandas ala syurga dunia itu kelihatan sangat bersih dan mewah.
Lebih mengejutkan lagi, tandas itu sangat selesa sehinggakan adanya televisyen dan penyaman udara.