Menerusi video yang dimuat naik oleh @itsirfan_____, kelihatan wartawan itu sedang bersiaran secara langsung dari Tokyo untuk melaporkan berita terkini tentang prestasi atlet Malaysia.
Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila tiba-tiba muncul kelibat dua orang lelaki berbaju hitam di belakang wartawan itu.
Rupa-rupanya, mereka sedang merakam video TikTok dan gelagat dua lelaki tersebut telah membuatkan wartawan itu hilang fokus sehingga tergelak sambil berkata “saya rasa terganggu pulak”.
Lihat video asal penuh daripada lelaki itu di bawah: