Hot FM

Vivy, suami didakwa salah guna RM8 juta Khazanah, PNB


Vivy Yusof n Fadzarudin Shah Anuar
Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pengasas FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar didakwa atas pertuduhan pilihan menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta milik syarikat itu.

Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzarudin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca bersama.

“Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata pasangan terbabit.

Mereka didakwa dengan niat bersama secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet, iaitu dana
pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta di Public Bank Berhad Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version