Hot FM

Vivy Yusof, suami dapat pasport buat visa haji


Vivy Yusof n Fadzarudin Shah Anuar
Menurut peguam, pelepasan sementara pasport dimohon bagi membolehkan Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah Anuar menguruskan permohonan visa untuk ke Makkah bagi menunaikan ibadah haji. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pengasas FashionValet Sdn Bhd, Vivy Yusof dan suaminya, Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan pasport antarabangsa buat sementara bagi menguruskan visa menunaikan ibadah haji.

Hakim Rosli Ahmad membenarkan permohonan peguam Shaarvin Raaj, yang mewakili pasangan berkenaan untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga Isnin depan.

“Pasport akan diserahkan kepada kedua-dua pemohon hari ini dan pemohon perlu mengembalikan pasport mereka kepada mahkamah pada 9 Mac ini,” katanya.

Terdahulu, Shaarvin berkata pihaknya memohon pelepasan sementara pasport bagi membolehkan pasangan suami isteri itu menguruskan permohonan visa dan selepas visa diperoleh, mereka akan menempah tiket untuk ke Makkah bagi menunaikan ibadah…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version