
PETALING JAYA: Semua kategori pengembara terdiri daripada warga Malaysia dan Singapura boleh menggunakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) berkuat kuasa 20 Dis.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam kenyataan menyebut, pengembara wajib divaksinasi sepenuhnya, manakala kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi harus ditemani ibu bapa atau penjaga lengkap divaksin.
Pengembara yang layak tertakluk kepada ujian saringan Covid-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.
“Pada masa ini, VTL-Land masih terhad kepada perkhidmatan bas sahaja. Perkhidmatan bas VTL-Land akan menawarkan tiket untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan…