Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Wah! Sejuk Mata Memandang… Aniq Suhair Bawa Watak Ustaz Dalam Naskhah Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah

today9 January 2024

Background

Drama terbaharu di slot Akasia, ‘Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah’ bermula 9 Januari 2024 ini menampilkan pelakon muda iaitu Aniq Suhair (Iqbal), Rita Nadira (Dania), Aidit Noh (Qabil) dan ramai lagi.

Diterbitkan oleh Zeel Production, drama adaptasi novel ‘Aku Cinta Dia’ ini mempunyai 28 episod disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam dan strim di iQIYI satu jam selepas siaran di kaca televisyen.

Drama ini mengisahkan tentang Dania yang terpedaya dengan cinta, serta telah memilih jalan yang salah sehingga terlanjur dengan kekasih, Qabil.

Ibarat diberi peluang kedua dalam hidupnya, Dania berjaya mencari sinar baharu di Wadi Safiyyah dengan bantuan Ustaz Iqbal.

Aniq Suhair

Namun, apakah bahagia itu masih milik Dania apabila bekas kekasihnya yang juga anak kepada pemilik Wadi Safiyyah, Qabil hadir semula didalam hidupnya?

Selain Aniq, Rita dan Aidit, drama ini turut dibintangi oleh Zamarul Hisham (Safuan), Mas Anizan (Kayra), Ezany Nizariff (Hussin), Azza Elite (Hajah Maryam) dan ramai lagi.

Saksikan Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah, mulai malam ini di slot Akasia. Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.

Artikel Berkaitan: Tuduh Aniq Suhair Enggan Buat Ujian DNA… Wanita Kembali Buka Mulut, Dakwa Ada Bukti Baharu – “Rupanya Dia Bapa 3 Anak”

Artikel Berkaitan: ‘Ugut’ Dedah Kronologi Kes ‘Rosakkan’ Maruah, Wanita Berang Aniq Suhair Masih Enggan Bertanggungjawab – “Jumpa Di Mahkamah!”

Artikel Berkaitan: “Mungkin Bukan Ujian Atau Bala Tetapi Nikmat Untuk Aku ” – Lama Menyepi! Aniq Suhair Kini Dekatkan Diri Dengan Tuhan

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Chelsea perlu waspada tanpa VAR

London: Mauricio Pochettino memberi amaran kepada pemain Chelsea supaya berwaspada ketika mereka bermain tanpa video bantuan pengadil (VAR) dalam aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Middlesbrough awal pagi esok.

today9 January 2024