Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Wajar larang semua kedai jual arak di laluan perarakan Thaipusam, kata NGO

today24 January 2024

Background


Larangan jual arak dikenakan ke atas lima kedai selama tiga hari sempena sambutan Thaipusam. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sewajarnya mengenakan larangan jual alkohol selama tiga hari ke atas semua kedai arak di sepanjang laluan pedati membawa arca Dewa Murugan sempena Thaipusam, kata dua NGO.

Gesaan itu menyusuli kenyataan Datuk Bandar Rajendran Anthony bahawa larangan tiga hari itu hanya melibatkan lima premis sekitar Kuil Arulmigu Shree Balathandayuthapani di Jalan Kebun Bunga, dan bukan semua 56 kedai di sepanjang laluan pedati.

Larangan ke atas 51 kedai lain itu ditarik baik berkuatkuasa serta merta, katanya.

NV Subbarow, seorang pegawai pendidikan di Persatuan Pengguna Pulau Pinang, berkata larangan itu sewajarnya dikenakan ke atas semua kedai di sepanjang laluan perarakan.

Katanya, di kawasan Little India di George Town sahaja terdapat kira-kira 15 kedai yang menjual arak, dan sebelum ini CAP terima aduan tentang orang mabuk menari-nari…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dineskumar Ragu


Previous post