Site icon Hot FM

Wajibkan 70% barangan bantuan halal milik Bumiputera, kata bos Mydin


Ameer Ali Mydin mengesyorkan supaya dana pembiayaan khusus disediakan untuk menambah baik perusahaan Bumiputera.

PETALING JAYA: Kerajaan disaran mewajibkan 70% pembelian barangan bagi program bantuan rasmi kerajaan seperti kotak banjir, bakul makanan dan Jualan Rahmah terdiri daripada produk halal milik Bumiputera.

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata saranan itu, iaitu antara yang dikemukakan pada Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, adalah bagi membantu syarikat atau premis perusahaan halal milik Bumiputera di Malaysia.

Beliau berkata setakat Disember lepas, 38.7% atau 3,562 daripada 9,162 jumlah keseluruhan syarikat halal adalah milik Bumiputera namun hampir keseluruhan premis perusahaan kategori itu berada di belakang rumah yang tidak memenuhi syarat pensijilan halal.

“Pemilik perusahaan terlalu bergantung kepada hasil sara diri bagi membolehkan aktiviti perniagaan harian. Pada masa sama, kita tahu bahawa kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan banyak menyalurkan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version