
PETALING JAYA: Presiden MCA Wee Ka Siong menggesa kerajaan mewajibkan bank membayar kepada peniaga dalam tempoh 48 jam selepas menerima pembayaran elektronik daripada pelanggan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata langkah itu untuk meningkatkan aliran tunai bagi peniaga dan ekonomi negara yang juga akan mendapat manfaat daripadanya.
Menurutnya, pihak bank tidak seharusnya menggunakan alasan cuti umum dan hujung minggu untuk menangguhkan pembayaran kepada peniaga.
“Lagipun, bank tetap mengenakan faedah ke atas pinjaman walaupun semasa cuti umum dan hujung minggu, jadi mengapa mereka perlu mendapat manfaat daripada apungan percuma apabila menangguhkan pembayaran kepada peniaga?
“Seperti kita sedia maklum, ada 104 hari Sabtu dan Ahad pada tahun 2024 serta 25 hari cuti umum peringkat persekutuan serta negeri,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata jumlah…