Menurut laporan Harian Metro, dia menyedari ditipu rakan perniagaannya yang juga pasangan suami isteri itu selepas membuat siasatan terhadap mereka.
“Hasil siasatan, saya dapati mereka terbabit dalam pemalsuan dokumen, salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
“Mereka juga sudah mengosongkan premis pejabat dan melarikan semua barangan dan peralatan milik syarikat tanpa pengetahuan saya.
“Saya hanya dapat tahu dia sudah mengosongkan premis dan seramai 20 kakitangan juga sudah berhenti dari syarikat, baru-baru ini,” katanya.