Site icon Hot FM

“Wakil Malaysia” – Cikgu Sekolah Di Negeri Sembilan Terpilih Antara Guru Terbaik Di Dunia


Menurutnya, pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar serta penggunaan teknologi secara kreatif menjadikan suasana kelas di sana lebih hidup dan interaktif.

Lee juga turut mengambil peluang memperkenalkan budaya Malaysia kepada komuniti sekolah dan rakan dari negara lain.

“Bercerita mengenai Malaysia memberi saya rasa bangga yang sukar digambarkan. Ia bukan sekadar mengenai makanan atau pakaian, tetapi nilai, harapan dan semangat rakyat kita,” katanya .

Lee menzahirkan penghargaan kepada Malaysian-American Commission on Educational Exchange (MACEE) atas peluang yang diberi.

Tanpa dorongan mereka, saya mungkin tidak berada di sini. Mereka nampak potensi kecil yang mampu beri impak besar,” katanya lagi.

Baginya, peranan guru bukan hanya mendidik di bilik darjah, tetapi membina keyakinan anak muda supaya berani bermimpi dan percaya pada potensi diri.

“Setiap kali pelajar bertanya soalan dengan yakin, itu petanda perubahan sedang bermula,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version