
PETALING JAYA: SK Tanjong Pisau dan SK Sungai Manila antara 16 sekolah daif di kawasan Parlimen Libaran masih menggunakan kabin usang sebagai bilik darjah.
Perkara itu didedahkan Suhaimi Nasir (BN-Libaran) ketika sesi perbahasan Belanjawan 2025 bagi Kementerian Pendidikan (KPM).
Katanya, kabin usang itu bukan sahaja tidak kondusif untuk murid mengikuti proses pembelajaran, malah berdepan risiko keselamatan ekoran masalah pendawaian elektrik yang kritikal.
Menurutnya, sekolah seperti SK Sakilan Desa dan SK Gum-Gum Kecil juga menghadapi masalah kemudahan asas seperti tandas dan bekalan air bersih.
“Saya memohon agar KPM dapat meneliti sekolah-sekolah tersebut serta menjadikannya sebagai senarai keutamaan negeri bagi 2025 dalam usaha mencapai sasaran sifar sekolah daif menjelang 2029,” katanya.
Pada Belanjawan 2025, KPM diperuntukkan RM64.1 bilion…