
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat sebelah mana yang “hilang” masa banjir – pembangkang atau kerajaan? Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pembangkang hari ini, terdapat dalam kalangan kedua-dua pihak tidak turun padang.
“Banyak menteri hilang, tidak dilihat di lapangan (masa banjir). Ada yang memilih untuk menjalani umrah, rakyat mati, rumah hanyut dan kita pilih untuk melaksanakan umrah,” kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Antara yang dilaporkan mengerjakan umrah ketika banjir adalah Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man daripada PAS.
“Saya tidak tahu, berapa ramai Ahli Parlimen dan ADUN hilang ketika itu. Saya tak tahu rakan-rakan lain (di mana), saya tak nampak mereka bekerja…