
Sekolah sesi petang di Semenanjung tamat 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.
PETALING JAYA: Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan sekolah sesi pagi akan beroperasi seperti biasa.
“Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan beroperasi seperti biasa pada Ramadan seperti tahun sebelum ini berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 yang sedang diguna pakai.
“KPM mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab cuba ditularkan sesetengah pihak dalam laman media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini,” katanya.
KPM memaklumkan bagi memastikan pengoperasian sekolah berjalan lancar, sesi…