
PETALING JAYA: Amanah sedia bertanding mana-mana PRK jika dipersetujui parti komponen dalam kerajaan perpaduan, kata Presiden Mohamad Sabu.
Beliau berkata, ketika ini Amanah mengambil pendirian memberi laluan kepada parti penyandang di kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya namun ia bukan keputusan muktamad.
“Pendirian ini berdasarkan kepada amalan gabungan perpaduan dalam enam PRK yang dihadapi sepanjang tempoh penggal Parlimen ke-15 ini,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu hadir selepas Presiden Umno Zahid Hamidi mengesahkan Barisan Nasional (BN) akan bertanding PRK DUN Mahkota dan memberi amaran kepada pemimpin komponen kerajaan perpaduan tidak menuntut kerusi diperuntukkan kepada sesuatu parti.
Menyusuli kenyataan Zahid, Amanah Kluang semalam mendedahkan masih belum ada keputusan muktamad berhubung parti akan bertanding…