
PETALING JAYA: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, menegaskan tindakan harus diambil sekarang untuk mengatasi risiko talian paip air pecah, di sebalik kritikan yang dihambur ekoran gangguan bekalan air berjadual empat hari mulai Rabu depan.
Tegasnya, beliau selaku pemimpin kerajaan negeri tidak boleh ‘tutup mata’ pada masalah mendatang, dan mengalih tanggungjawab pada ketua menteri akan datang semata-mata tidak mahu dimarahi pada masa sekarang.
“Selaku pemimpin kerajaan negeri dan pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), adalah wajar untuk saya bertindak agar rakyat tidak alami kerugian yang lagi teruk,” katanya, lapor Guang Ming Daily.
Menurut dapatan PBAPP, katanya, kebanyakan paip air berusia melebihi 50 tahun dan terdapat purata 15 kes kebocoran paip pada setiap hari.
“Paip ini dah…