
SHAH ALAM: Walaupun Khazanah Nasional menolak ‘lamarannya’ untuk melabur dalam pembinaan Taman Tema Upin dan Ipin, pencipta watak animasi popular itu cekal memastikan projek RM400 juta di Cyberjaya, menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Kerja-kerja pembinaan taman tema antarabangsa itu di tapak 30 ekar di Cyberjaya dijadualkan bermula Januari depan dan dijangka siap pada tahun 2025, kata Pengarah Urusan Les’ Copaque, Burhanuddin Md Radzi.
Projek itu adalah hasil inspirasi yang diperolehi daripada lawatan beliau dan timnya ke hampir semua taman tema terkemuka seluruh dunia termasuk Disneyland dan Universal Studios di Amerika Syarikat serta Harry Potter Studios di London.
Walaupun teruja dan yakin Taman Tema Upin dan Ipin bakal menjadi destinasi antarabangsa, Burhanuddin kecewa kerana…