Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Walau krisis tenaga global, projek KPKT tetap diteruskan

today5 April 2026

Background


NGA KOR MING VISIT TAPAH ROAD MARKET
Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata, kementeriannya beri tumpuan kepada projek berteraskan rakyat yang sedang giat dilaksanakan.
PETALING JAYA:

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menegaskan projek di bawah kementeriannya tidak akan ditangguh susulan krisis tenaga global, malah akan terus dipergiat.

Setakat ini, katanya, tiada projek Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang perlu ditunda kerana semua projek dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat dan tidak termasuk dalam projek berskala besar.

“Kebanyakan projek KPKT berpaksikan kesejahteraan rakyat. Setakat ini saya rasa tak ada apa yang nak ditunda kerana kami memberi tumpuan kepada projek berteraskan rakyat, bukan projek mega yang berbilion-bilion dan ia sedang giat dilaksanakan, macam projek perumahan PRR (Projek Residensi Rakyat) akan kita teruskan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek naik taraf Medan Selera Greentown Utama di Ipoh, lapor Bernama.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKT…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

PSV sah juara Belanda

Amsterdam: PSV Eindhoven dinobatkan sebagai juara Belanda selepas pencabar terdekat mereka, Feyenoord, gagal meraih kemenangan di Volendam.

today5 April 2026