Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Walaupun Jauh Kita Masih Doakan Dia” – Naufal Isa Kongsi Erti Sahabat Sejati

today20 December 2022

Background

Pempengaruh, Naufal Isa yang sering muncul dengan kandungan motivasi menjelaskan erti sahabat sebenar.

@naufal.isa Sahabat ni,melengkapkan. Bukannya saling mencari kesalahan. Sahabat ini juga bukan soal sejauh mana sempurnanya kita. Tetapi soal sejauh mana kita saling melengkapi dan menerima. Hargai sahabat korang andai masih ada. Kerana sahabat baik itu sangat susah untuk ditemui,tetapi sangat mudah untuk dilepaskan🥹 Tag sahabat korang❤️ #fyp ♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

Naufal menjawab soalan peminatnya yang menginginkan motivasi tentang sahabat menerusi ‘ask me question’ di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Naufal memberitahu sahabat sejati itu adalah sahabat yang sentiasa mengingati satu sama lain biarpun berjauhan.

“Bila sebut tentang persahabatan ni, buat korang yang ada sahabat sebenarnya sahabat ni tak semestinya ada 24 jam dengan kita.

“Tak semestinya mesej 24 jam, kalau ada itu bonus. Tapi sahabat ni soal sejauh mana kita masih ingat dia walaupun menjauh. Walaupun kita jauh kita still ingat dia, walaupun jauh kita still doakan dia, walaupun ada kesilapan dan salah yang kita lakukan kita mudah untuk menerima dan memaafkan, itulah sahabat yang sebenar.

“Sahabat ni, bukannya tengok kawan kita dah berjaya, dah kahwin kita akan senang cemburu, senang dengki dan sebagainya, tu bukan sahabat. Sahabat yang sebenar dia mudah menerima bahkan dia menyambut sahabatnya kalau berjaya dan sebagainya, tu sahabat sebenar. Hargai sahabat korang,” jelas Naufal.

Meninjau di ruangan komen, warganet menzahirkan rasa sayang kepada sahabat mereka dan mengingatkan antara satu sama lain untuk menghargai hubungan persahabatan yang sudah terjalin akrab.

“Ha dengar tu love you.

“Rindu sahabat saya, moga sihat selalu.

“Hargailah persahabatan biar sampai ke syurga hendaknya,” tulis warganet.

 

Written by: Aqilah