
KOTA KINABALU: Speaker DUN Sabah, Kadzim M Yahya, berkata Mohamaddin Ketapi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama.
Katanya, kerusi DUN itu tidak akan dikosongkan walaupun Mohamaddin bukan lagi ahli Warisan selepas beliau mengumumkan keluar parti pada 30 Okt.
“Pada 30 Okt, saya menerima emel daripada Mohamaddin kerana saya berada di KL (Kuala Lumpur) ketika itu, iaitu surat dan dokumen yang membatalkan segala ‘aku janji’ yang beliau tandatangani dengan Warisan sebelum PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu.
“Selepas itu pada 1 Nov, pejabat saya terima surat daripada firma guaman yang mengaku bertindak bagi pihak Mohamaddin yang mana surat itu menyatakan peletakan jawatan beliau.
“Bagaimanapun, keesokan harinya, pejabat saya menerima surat dan akuan berkanun daripada Mohamaddin yang…