Pelakon dan penyanyi Izzue Islam memberitahu, dia tetap bersyukur dengan rezeki yang diterima dalam bidang lakonan, walaupun sudah bergerak solo.
Jadualnya juga padat dengan lakonan dan nyanyian.
Izzue mendedahkan, dia baru sahaja selesai berlakon dua telefilem berjudul Dosa Semalam untuk tayangan TV3 dan Mister Akil Baligh, selain terbabit dengan sebuah program muzikal.
Izzue juga akan terbabit dengan sebuah sitkom, Kafe Pop Yeh Yeh pada bulan Ogos.
Dalam perkembangan nyanyian, Izzue kini mengakui selesa tampil dengan lagu rancak sejak bergerak solo.
Dia bakal melancarkan satu single baharu pada hujung tahun ini.
Selain itu, Izzue akan tampil dengan konsert Hora Horey Live! Didi & Friends pada bulan Ogos.
Dia mengakui teruja untuk bertemu cilik pada hari konsert itu nanti.