
PETALING JAYA:
Projek kapal tempur pesisir (LCS) yang kontroversi masih akan menyediakan aset penting dan relevan kepada tentera laut meskipun penyerahan kapal berulang kali tertangguh, kata penganalisis pertahanan.
Walaupun ada pihak berpendapat kapal berkenaan mungkin sudah ketinggalan zaman ketika diserahkan, penganalisis pertahanan Lam Choong Wah dan Salawati Mat Basir menegaskan bahawa LCS masih mampu meningkatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan ketara.
Lam dari Universiti Malaya mengakui sistem pengurusan, sistem pemantauan dan platform persenjataan kapal itu mungkin ketinggalan dari segi teknologi apabila mula beroperasi.
“Bagaimanapun, berdasarkan definisinya, ini bukan projek ‘gajah putih’ yang…