
Mahkamah Sesyen mengenakan denda RM4,000 ke atas pempengaruh politik Wan Azri Wan Deris selepas disabitkan kesalahan menghasut berhubung kenyataannya yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
Hakim Norma Ismail turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Timbalan Pendakwa Raya Sabri Othman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara, dengan mengambil kira keseriusan kesalahan itu.
Sabri berhujah bahawa hantaran di media sosial tersebut mengandungi bahasa kesat, penghinaan lisan dan kenyataan berbaur menghina yang boleh mencetuskan kebencian terhadap Agong.
“Hukuman yang terlalu ringan tidak akan menghalang tertuduh daripada mengulangi kesalahan,” katanya.
Sabri berkata, tertuduh berusia 44 tahun itu yang merupakan bekas anggota polis, mahir dalam…