
PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang merujuk Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kerana didakwa mengelirukan Dewan berhubung penjualan pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat asing.
Ahli Parlimen Bersatu Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut menuduh Loke mengeluarkan kenyataan ‘bersangka jahat’ apabila beliau (Wan Ahmad Fayhsal) membangkitkan isu itu.
“Terbukti perjuangan saya benar!” kata Wan Ahmad Fayhsal dalam hantaran di X, merujuk kepada laporan bahawa Khazanah Nasional dan KWSP mengesahkan rancangan mereka untuk mengambil alih MAHB melalui konsortium dan menswastakan pengendali lapangan terbang itu.
“Hanya puak pentaksub DAP-PH yang menafikan (perkara ini)!”
Pada Mac, Loke memberitahu Dewan Rakyat, dakwaan…