
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menyeru protes jalanan bagi membantah keputusan speaker Dewan Rakyat tidak mengosongkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong kerajaan.
Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal juga berkata Pakatan Harapan (PH) terutama sekali PKR takut kalah sekiranya pilihan raya diadakan di enam kerusi berkenaan kerana momentum rakyat semakin besar.
“Mereka akan buat apa sahaja untuk menghalang PRK demi mempertahankan kuasa di Putrajaya,” katanya dalam satu video di Facebook.
Wan Fayhsal juga mendakwa keputusan Johari Abdul itu dibuat berdasarkan pertimbangan politik dan bukannya mengikut undang-undang.
“Mohon rakyat bangkit lawan petualang-petualang ini di dalam Dewan Rakyat dan jalanan. Kita perlu protes, kita perlu selamatkan demokrasi, kalau tidak politik kita hancur, negara kita…