
PETALING JAYA: Cadangan agar tempoh sah laku bagi pasport dilanjutkan sehingga 10 tahun diragui bekas timbalan menteri dalam negeri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata ia berisiko menjejaskan kepentingan kerajaan dan menyebabkan masalah pengenalan.
Katanya kepada FMT, kurang kekerapan pembaharuan pasport bermaksud pemegangnya akan jarang membayar yuran permohonan di mana kerajaan perlu menilai cadangan itu supaya tidak kehilangan wang “berdasarkan idea khalayan”.
“Bagi mereka yang berumur tertentu khususnya, rupa mereka berubah begitu banyak dalam tempoh 10 tahun,” tambahnya, yang boleh menyukarkan orang memadankan gambar pasport mereka.
Bulan lalu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia mencadangkan tempoh sah laku pasport sehingga 10 tahun. Presiden Kesatuan Ajeet Singh berkata langkah ini akan…