Wan Rakemi mengalahkan dua pencabarnya Shaari Hassan dan Mohd Bakri Mustapha dengan majoriti 38 undi.

PETALING JAYA: Wan Rakemi Wan Zahari menang jawatan ketua Umno Tanah Merah pada pemilihan parti di bahagian itu hari ini.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Akbar Salim, berkata Wan Rakemi mendapat 196 undi mengalahkan dua pencabarnya Shaari Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gual Ipoh, Mohd Bakri Mustapha yang masing-masing memperoleh 158 undi dan 114 undi.
“Saya bersyukur kerana pemilihan hari ini berjalan lancar, tenang dan jumlah perwakilan keluar mengundi sangat membanggakan apabila seramai 474 daripada 515 perwakilan keluar mengundi,” katanya menurut Bernama.
Beliau berkata, keputusan itu menyaksikan mandat kepimpinan Umno Tanah Merah dikembalikan semula kepada bahagian berkenaan selepas ia digantung sejak 16 Jun…