Site icon Hot FM

Wan Rosdy, Zambry bersaing naib presiden Umno


Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu.

Wan Rosdy Wan Ismail dan Zambry Abdul Kadir menyasarkan jawatan naib presiden Umno, manakala Noraini Ahmad berhasrat mempertahankan jawatan ketua Wanita.

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Zambry Abdul Kadir mengesahkan akan bertanding jawatan naib presiden.

Ketua Wanita Umno, Noraini Ahmad pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan itu.

Mereka mengesahkan penyerahan borang pencalonan di ibu pejabat Umno pada Jumaat menerusi hantaran di Facebook.

Terdahulu, bekas menteri besar Johor, Hasni Mohammad juga mengesahkan bakal bertanding dan menghantar borang pencalonan.

Ahli MKT Umno, Johari Ghani pula merupakan antara muka baharu yang mengumumkan bakal bersaing untuk jawatan itu pada pemilihan Umno kali ini.

Jawatan naib presiden Umno disandang bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, bekas menteri pembangunan luar bandar, Mahdzir Khalid dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version