Hot FM

Wan Saiful dakwa PN sukar serang isu UEC kerana pendirian Azmin


wan saiful wan jan mohamed azmin ali
Wan Saiful Wan Jan berkata pendirian Azmin Ali berkait UEC sewaktu jadi menteri besar Selangor sukarkan PN kini.
PETALING JAYA:

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan mendakwa Perikatan Nasional (PN) berdepan kesukaran membidas isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) susulan pendirian seorang pemimpin kanannya, Azmin Ali, yang pernah menyokong pengiktirafannya.

Bekas pemimpin Bersatu itu berkata isu berkenaan kembali selepas Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan laluan kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) bagi lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan, termasuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) dan institusi tahfiz.

Wan Saiful mendakwa PN sukar menyerang isu berkenaan kerana Azmin, yang kini setiausaha agung Bersatu dan timbalan setiausaha agung PN, pernah mengiktiraf UEC ketika menjadi menteri besar Selangor.

“Media pernah memetik Azmin Ali dengan bangga berkata “Soal UEC ini bukan perkara baru bagi saya, ketika saya menjadi menteri besar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version