
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan gagal dalam usahanya untuk membatalkan dua tuduhan rasuah berkait program Jana Wibawa selepas permohonannya ditolak Mahkamah Sesyen.
Hakim Rozina Ayob membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendawa raya dan pembelaan.
“Permohonan pembelaan ditolak dan kita akan meneruskan perbicaraan,” katanya.
Mahkamah juga menetapkan perbicaraan pada 25 hingga 27 Mac, 29 hingga 30 April dan 20 hingga 22 Mei tahun depan. Seramai 27 saksi akan dipanggil.
Pada 21 Feb lalu, Wan Saiful didakwa menerima rasuah hampir RM7 juta. Dia juga didakwa meminta jumlah tidak dinyatakan untuk projek jalan raya bernilai RM232 juta dikaitkan dengan program Jana Wibawa.
Beliau didakwa menerima RM6.9 juta melalui akaun bank CIMB milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank milik Nepturis Sdn Bhd.
Wan Saiful juga…