PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan mengumumkan segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dalam Digital Nasional Bhd (DNB) susulan pemilihannya sebagai penyedia 5G kedua negara.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, mempersoalkan mengapa Putrajaya belum mengarahkan wakil syarikat itu melepaskan jawatan dalam syarikat tersebut sebagai ahli lembaga pengarah DNB.
Beliau yang juga ketua portfolio komunikasi Ahli Parlimen PN berkata, langkah kerajaan menganugerahkan spektrum kepada U Mobile membuatkannya sebagai pesaing kepada DNB iaitu syarikat bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan).
“Apabila U Mobile ada wakil dalam lembaga pengarah DNB, adakah itu bermaksud kerajaan sengaja memberikan kelebihan yang tidak adil kepada U Mobile? Ini…