
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang meminta penjelasan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung tunggakan pembayaran wang royalti minyak negeri itu untuk tahun lalu.
Ahmad Samsuri Moktar (PN-Kemaman) yang juga menteri besar Terengganu berkata tindakan menekan rakyat negeri itu berlawanan dengan sifat ihsan dan hormat yang menjadi antara tonggak nilai pentadbiran kerajaan Malaysia Madani.

“Tentunya kerajaan madani tidak mahu dibaca dalam buku sejarah atau generasi akan datang sebagai pihak yang tidak membayar wang royalti berkenaan yang masih berbaki untuk 2023.
“Sehubungan itu,saya meminta penjelasan daripada perdana menteri dan menteri kewangan (Anwar) sila jelaskan kepada kami, apa kebaikan atau objektif yang ingin dicapai oleh kerajaan pusat dengan memberi kesukaran kepada…