Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Wani Kayrie Bakal Jadi Peguam

today26 March 2019

Background
Bukan sahaja mempunyai bakat suara yang merdu, malah cemerlang dalam bidang akademik.

Penyanyi remaja, Wani KayrieΒ akan kembali menyambung pelajaran setelah mencatat kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 7A tahun lalu.

Selepas hampir setahun memberikan fokus kepada kerjaya seni, WaniΒ yang popular dengan lagu Jangan Jangan itu memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam bulan depan.

β€œJika ditanya minat, saya lebih cenderung untuk mengikuti pengajian dalam bidang perniagaan atau perhubungan awam. Namun, ibu pula mahu melihat saya menjadi peguam.

Menurut Wani, dia mahu menunaikan impian ibunya untuk dia bergelar seorang peguam selain menjadi contoh terbaik buat adik-beradiknya.

β€œSebagai anak sulung, saya cuba penuhi impiannya dan menjadi contoh kepada dua adik. Saya tidak mahu menghampakan ibu yang berharap sangat saya menjadi peguam,” katanya.

Wani juga lebih bersemangat untuk bergelar sebagai seorang peguam suatu hari nanti setelah mendapat sepenuh kepercayaan dari keluarganya.

“Kepercayaan mereka membakar semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengejar cita-cita menjadi β€˜The Singing Lawyer’,” ujarnya lagi.

All the best, Wani!

Written by: Jay


Previous post